Page not found

Sorry, the page you're looking for cannot be found.

The page you're looking for is no longer available or does not exist.

Please go to our HOMEPAGE to locate the information you need from there, or use our search engine to help you.

If you have bookmarked this page, kindly update your bookmark.

Konvensyen Cinta Dambaan Syurga

Konvensyen Cinta Dambaan Syurga (KCDS) yang telah berlangsung pada 18 Januari 2014merupakan sebuah program yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Datin Seri Endon (JKM KDSE), Universiti Teknologi Malaysia dengan kerjasama Misbah Ilmu Enterprise.
KCDS merupakan salah satu program JKM KDSE yang diwujudkan bersempena dengan program Global Outreach Program (GOP) pelajar yang terlibat ke Istanbul, Turki bagi menjejaki kegemilangan Islam di Turki (Kembara Di Bumi Anbiya).

Sinopsis KCDS

1. Cinta sejati, cinta yang mempahalakan kita. Cinta kepada Allah dan Cinta kepada Rasulullah (Ustaz Zulkifli Al-Bakri)

2. Syarat utama untuk bahagia ialah dengan menjadi hamba Allah dengan sebenar – benarnya. Kerana bahagia itu sebernarnya dekat, di hati kita sendiri. Jangan dipinta ujian yang mudah, tapi pintalah hati yang tabah menghadapinya.(Ustaz Pahrol Mohd Juoi)

3. Cinta itu fitrah. Cinta jadi fitnah bila buat kita lupa pada Yang Maha Pencipta. (Ustazah Fatimah Syarha)

4. Jangan sesekali cabuli kehormatan agama sebelum perkahwinan, kelak nanti hilangnya keberkatan, hilangnya rahmat selepas perkahwinan. (Ustaz Roslan Mohamad)

5. 7S – Tangani Konflik dengan Pasangan dalam Rumah Tangga 1. Simpati 2. Semangat 3. Sokongan 4. Sayang 5. Sabar 6. Sepakat 7. Santuni (Ustazah Norhafizah Musa)

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman FB KCDS : https://www.facebook.com/cintadambaansyurga

Read More

UTM Games for All

UTM Games for All telah berlangsung dari 24 Mac hingga 6 April 2013. Program ini telah dianjurkan oleh Unit Sukan UTM dengan kerjasama kolej-kolej di UTM Skudai. Sebanyak 14 jenis permainan telah dipertandingkan antara kolej-kolej, pasukan PELUAS, STAF dan UTMKL. KDSE telah mengambil bahagian dalam 8 acara iaitu squash, bola jaring, bola tampar, tempin boling, boling padang, kayak, badminton dan ping pong. Terdapat 57 orang atlit yang menyertai pertandingan dalam UTM Games 2013 ini.

Secara keseluruhannya kotinjen KDSE telah mendapat 2 pingan emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. KDSE telah menduduki tempat ke lima dalam carta kedudukam pingat UTM Games 2013. Kontinjen KDSE telah merangkul pinggat emas dalam permainan kayak (TK1 300M) dan kayak (TK2 300M). Manakala pingat perak dalam permainan badminton dan pinggat gangsa dalam permainan ping pong perseorangan. TAHNIAH!

Read More

KEM PEMBENTUKAN KDSE-KTC

Kem Pembentukan Jawatankuasa Mahasiswa pada kali ini telah dijalankan dengan gabungan tenaga Felo serta Pembantu Felo dari Kolej Datin Seri Endon dan Kolej Tuanku Canselor. Kem telah berlangsung dari 7 Disember hingga 9 Disember bertempat di Hotel Aman Sari, Johor Bahru. Berikut merupakan gambar-gambar untum dikongsi dengan warga kolej sekalian. Have fun :)

 

 

Read More

KDSE Members Participated in the National Student Development Conference

On the 19 – 20 November, the Institution for Fellow Development has conducted the National Student Development Conference (http://seminar.utmspace.edu.my/nasdec2013/home.html) at KSL Hotel and Resort, Johor Bahru. Our KDSE fellows and Assistant Fellows led by our Principal Dr Liza Salleh have participated in this conference. Two papers have been submitted from KDSE with the titles :

1) Students Perception on Internet Services & Its Role in Academic Performance

2) Evaluating Learning Experience through Educational Social Network Support in Blended Learning Using Community of Inquiry Model

Great news! The second paper has secured the Best Paper Award at the conference.

Thank you to all who have contributed. Also many thanks to Marva Mirabolghasemi who had helped us a lot in the paper submission.

Read More

TONTON@KDSE: WINDSTRUCK

TONTON@KDSE

COME GET TOGETHER WATCH THIS MOVIE.

MARK ON YOU CALENDAR -

18 September 2013

Read More

MARATHON WACANA ILMU: PEMBENTUKAN MAHASISWA PRODUKTIF SIRI 2.

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Wacana Ilmu di Kolej Datin Seri Endon, UTM,Skudai pada 18/4/13(Khamis malam Jumaat).

Jemputan khas iaiti PM Dr. Azizan Ahmad sebagai penceramah dan Azhar Hilmi Official sebagai penasyid.

Jualan buku Simfoni Cinta Karangan Hilal Asyraf(Official) juga akan diadakan.

Sebarkan! Moga kita semua peroleh manfaat yang banyak.Mungkin dengan kita luangkan masa hanya satu jam lebih untuk mendengar ceramah ni akan memberi perubahan yang tak disangka2 dalam hidup kita. Maka, tidak perlulah kita berkira dengan masa.

 

Read More

Majlis Pembukaan UTM Games 2013

Warga KDSEy yang menyertai perbarisan UTM Games

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada 24 Mac 2013, bertempat di Kompleks Sukan UTM, satu majlis perasmian UTM Games telah diadakan dan disertai oleh atlet-atlet yang bakal bertanding dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak UTM. Kolej Datin Seri Endon telah menghantar wakil untuk menyertai perbarisan yang disertai oleh pemain yang bakal bertanding. Dengan maskot arnabnya, warga KDSE yang menyertai begitu bersemangat berbaris didalam barisan mereka.

Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam ini telah disertai kontinjen yang terdiri dari warga kolej di UTM dan pelajar UTMKL dan staff UTM. Tujuan utama program ini diadakan adalah tidak lain untuk memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar dan kakitangan UTM.

UTM Games akan berlangsung bermula 25 Mac 2013 dan berakhir pada 6 April 2013. Banyak acara yang dipertandingkan di sana termasuklah futsal, skuash, badminton dan lain-lain lagi.

Untuk makluman warga KDSE, jadual perlawanan akan ditampal di kolej-kolej untuk kemudahan.

Diharap warga KDSe akan menggondol banyak emas untuk kejohanan kali ini. Semoga mereka terus bersemangat dengan sokongan kita warga KDSE.

 

Read More

Malam Tautan Kasih – Majlis Watikah JKM KDSE 2012/2013

 

Assalamualaikum wbt.

Pada 22 Mac 2013 yang lepas telah diadakan satu majlis watikah bagi meraikan ahli jawatankuasa kolej mahasiswa yang baru untuk sesi 2012/2013 disamping penghargaan kepada jawatankuasa kolej mahasiswa sesi 2011/2012.

Majlis ini diadakan adalah tidak lain untuk memperkenalkan barisan JKM yang baru dan meraikan penat lelah JKM 2011/2012 yang telah tamat perkhidmatan mereka.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Sri Kenchana, Kolej Datin Seri Endon bermula jam 8.30 malam dan tamat pada jam 9.30 malam. Selepas sesi perlantikan sedikit jamuan telah disediakan untuk mereka yang hadir.

Barisan JKM yang baru adalah seperti berikut:

PENGERUSI

Nur Hidayah Bt Yusri

TIMBALAN PENGERUSI I

Norhana Bt Abd Razak

TIMBALAN PENGERUSI II

Noranisah Bt Mohd Dali

SETIAUSAHA 1

Yaw Yi Chien

SETIAUSAHA 1I

Eliza Tan Kai Ing

BENDAHARI

Ling Sheau Jing

PENDIDIKAN & KAUNSELING

Zafira Nadia bt Maaz (K)

Kelly Teo Huey Ling

MULTIMEDIA

Siti Khatijah Binti Hamid (K)

Nor Adibah Najihah bt Mat Noor

SUKAN

Lim Chia Huan (K)

Ummu Fatin Binti Maslan

KEUSAHAWANAN

Nur Zatil Isma bt Zainal

KEBAJIKAN & KEROHANIAN

Aisyah Syazwani bt Ariff Zainol (K)

Nur Syaidatul Najah bt Mohd

KEBUDAYAAN & ANTARABANGSA

Yee Ying Ying (K)

Nur Ameerah bt Abd Halim

Perlantikan JKM pada kali ini juga memperlihatkan kepelbagaian kaum didalam organisasi tersebut. Semoga semua warga JKM yang baru berdedikasi dalam menjalankan tugas mereka.

Chaiyok! :)

Read More

Karnival Sihat Wanita (KATWA ’12)

Pada 29 September 2012, telah diadakah Karnival Sihat Wanita (KATWA ’12) di Dewan Seri Kencana, Kolej Datin Seri Endon. Program yang telah dihadiri oleh warga KDSE melibatkan beberapa aktiviti berbentuk kesihatan termasuklah ceramah kesihatan oleh Avail Beauty, ceramah mengenai perhubungan oleh Dr Liza, Pengetua Kolej Datin Seri Endon, dan juga tutorial kecantikan dari Mary Kay.

Majlis yang dirasmikan oleh Pengetua Kolej Datin Seri Endon, Dr Liza Md Salleh ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada warga KDSE mengenai betapa pentingnya menjaga pemakanan dan kesihatan dalam kehidupan seharian.

Majlis bermula dengan perasmian dan penyampaian hadiah kepada peserta 10 thousand Steps. Untuk makluman, 10000 Steps merupakan acara yang termasuk dalam KATWA ini. Acara ini memerlukan pesertanya berjalan kaki sebanyak 10000 langkah setiap hari dan peserta haruslah merekodkan jumlah perjalanan mereka sepanjang mereka dalam pengawasan.

 

Read More

Majlis Hari Raya Kolej Datin Seri Endon 2012

Satu majlis jamuan hari raya telah diadakan bersempena dengan Aidilfitri yang telah berlalu. Majlis yang diadakan pada 19 September 2012 di Dewan Sri Kencana yang didatangi oleh 150 orang warga KDSE berjalan dengan begitu lancar.

Majlis ini telah dihadiri oleh pengetua, felo dan warga KDSE sendiri. Terdapat acara  cabutan bertuah, persembahan kebudayaan dan juga majlis jamuan.

 

Read More